Sunday 17 July 2011

Tersurat Dan Tersirat

Tak semua kita mahu berkata dengan jelas di depan mata
Kerana hati
Menjaga hati
Akhirnya terluka hati

Mengapa?
Kerana hormat
Kerana kasih.. dan
Kerana sayang

Terkadang itu keperluan berkata terpaksa dilakukan
Yang pasti perlu melalui tahap tapisan air mineral berkuasa dan berteknologi nano..huhu

Ya
Benar- benar halus
Dan berulang.
Tapi.. adakah setelah bersuara
kita akan dapat hasil yang di harapkan?
Kalau ya mujur

Berusahalah untuk menapis segala
Walaupun segala rasa terkumpul di hati
Ya.. mahu menangis.. menangislah
Asal kita seboleh mungkin tidak mengguris hati orang lain

Tapi ada ketikanya juga
Kita perlu mengajar insan yang kita hormat
Yang kita kasih dan kita sayang itu supaya sama sama menjaga hati bila berkata

Supaya dia tahu menghargai setiap kata yang kita hulurkan
Kita tak mahu melukai.. Dan
Kita juga tak mahu dilukai
Setelah cuba sehabis mungkin untuk tidak melukai orang lain

Hargailah
Cuba pesanan untuk kita semua sesama sendiri
Ya pedih
Pedih bila kita berbahasa
Tapi
Kita yang terasa

... Ibu Nora ...

No comments: