Saturday 18 February 2012

Biasa laa...

Selalu-selalu kita dengar
orang mengatakan ' biasa laa '..
Ungkapan ' biasa laa '...
sudah menjadi seperti ketagihan candu..

Selalu-selalu kita mendengar
orang selalu kata... biasa laa..
Mereka kan masih muda
mereka kan sekadar kawan
mereka masih anak-anak
biasa laa.. Nanti mereka berubahlah...

Biasa laa.. Silapnya kita
naifnya kita kerana menerima ungkapan itu biasa tanpa fikir
biasa laa itu bertukar luar biasa..
Biasa laa luar biasa jadinya
jika anak anak yang baik perangai
bertukar jadi samseng hanya kerana kita selalu kata biasa laa...

Biasa laa.. Jiwa mereka kan masih muda..
Biasa laa.. Mereka kan perlu seronok
biasa laa.. Mereka kan anak anak yang perlu hiburan..
Biasa laa.. menjadi bahana

Masyarakat terima.. biasa laa
Biasa laa.. anak anak mereka kalau salah
Biasa laa.. anak anak yang bebas pergaulan
Biasa laa.. anak anak yang biasa ke pub disko
Biasa laa.. kalau ada anak anak yang santai
Sambil mabuk-mabuk di kelab kelab malam

Masyarakat pandang pun
Biasa laa... dengar kisah rogol sana-sini
biasa laa... dapat tahu bayi terbuang sana-sini
biasa laa... bukan tak biasa mata melihat
telinga mendengar... biasa bukan tak biasa
ada yang berkubang najis dadah... biasa laa
ada yang lacur diri di lorong terang dan gelap

kerana biasa laa... ia tidak sedar budaya sikap
yang akan menghancurkan spesis manusia
yang kita tidak sedar kerana biasa laa...
boleh rosak susu sebelanga
mereput busuk yang kita lihat
yang kita baca di koran
yang kita terserempak nanar nanar kehancuran
jiwa-jiwa yang masih tercari-cari susur benar kehidupan...

Biasa laa...
ia boleh menjadi badai memusnah
biasa laa.. jangan biar ia menjadi barah
walau ia hanya ungkapan biasa meniti dari bibir ke bibir
biasa laa.. jika kita mendengar anak-anak
lebih suka libur dari libur ke majlis ilmu
biasa laa.. jika kita dengar anak-anak muda
lebih suka nyanyi dari halafan quran
lebih suka muzik dari alunan zikir

Jesteru.. itulah bahana biasa laa..
dan sebenarnya kita selalu silap
kerana tidak sesekali sedar
kita juga sebahagian daripada
agen kerosakan hanya dengan
semudah kita meungkapkannya...

18/02/12.. 2118

Sunday 12 February 2012

Untuk Kamu

Jika takdirnya esok
sesuatu terjadi...tiada yang lebih kuharapkan
selain dahulukanlah kemaafan kalian pada diri ini
khuatir jika esok itu menjadi hari terakhir
kerana bertemu dan berpisah itu adalah suratan Ilahi

Jika hari ini
kita mencorak senda-gurau
kita menjadi kawan dan lawan
terkadang menjadi musuh tak sedarnya
itu sebenarnya sebahagian dari rumpun
kenangan yang tiada ternilai kerana
ia tiada duanya...

Hari ini sebenarnya
kalian banyak mengajar
berkongsi sesuatu padanya yang pahit di telan...
dan pada ketika yang lain manis sama dirasai
sampai ada ketika khuatir dalam suka dan suka itu
tak sedarnya jika kalian dalam diam berasa hati

Tetapi pada kalian
hati ini tidak pernak luak terhadap kalian
kerana kalian adalah umpama mimpi indah
yang sering membuatku lena dalam dakapannya
kehadiran kalian telah menjadi sebahagian
daripada diri ini

Jesteru itu
jika sesuatu terjadi esok
dan berpisah itu tidak dapat dielakkan
dan jika sesudah esok kelibat ini telah tiada
tidak bermakna kalian menjadi penyebabnya

Hanya pada kalian semoga mengerti
kerana diri ini tidak pernah menyatakan
untuk menjadi sebahagiannya di sini...
kerana sampai saat musafir diri
ini perlu diteruskan

Kepada kalian
tetaplah kalian menjadi kawan dan lawan
kepada kalian tetaplah menjadi sebahagian diri
dan kepada kalian tetaplah menjadi sesuatu
yang pernah hadir mencorak indah dan sempurna
hiasan kehidupan diri ini...

dan jika terjadi esok...
harap kalian telah memaafkan diri ini