Thursday, 14 July 2011

Senyumlah Wahai Hati

Senyumlah wahai hati.. Walau lisan nyata merintih
Tabahlah wahai hati.. Walau diri nyata di uji
Sabarlah wahai hati.. Walau segala nyata menyakiti
Tegarlah wahai hati.. Kerana Allah hanya menguji
Letakkan lisan mu segalanya pada redha Khaliq mu
Pasti 'di sana' Dia akan mengasihi
Yakinlah pada janji Nya
Jika tabah, sabar dan tawakkal adalah landasan mu
Ya Rabb.. Terlalu besar nikmat Mu pada sekalian hamba
Diri mengerti namun lemahnya diri ini, keluhan jua yang tiba
Jadikanlah diri ini pada sifat indah walau sekelumit teguh
Senyuman yang terukir terlalu mudah goyah bila terhampar ujian Mu
Mengapa Ya Rabb.. Alangkah kerdil jiwa ini
Sesungguhnya diri ini mendamba tabahnya seorang pahlawan selayaknya serikandi idaman
Namun mengapakah airmata jua yang bertamu
Pasti... diri ini pasti akan mengukir kembali senyuman itu kerana diri ini yakin
Masakan percaturan Mu itu sia-sia?
Ya Rabb.. Ujian Mu yang luas terbentang meruntun hati dan perasaan
Ku tadah dengan sepenuh redha
Ya Rabb.. Jika ini hanya ujian mentarbiyah mental dan semestinya nurani
Diri ini mohon berilah sejitu mental para pejuang agama
Jika ini ujian muhasabah, bantu diri ini untuk mampu melihat kekhilafan dan kelemahan yang ada
Ya Rabb.. Sudah terlalu banyak diri ini meminta
Masih layakkah tangan ini menadah pada Mu?
Diri ini mohon dengan sejuta kehinaan dan kerendahan
Agar masih bisa memgemis cinta Mu..
Berikanlah lembayung maghfirah Mu...

... Hamba Mu ...

No comments: