Friday 22 July 2011

Sabar Itu Indah

Hari ini...
bersabarlah jika ditimpakan ujian
sama seperti semalam
biasakanlah dengannya
jika berasa sakit
ingatkanlah Allah pasti menyembuhkannya
tiada maknanya ujian-ujian itu jika tidak dengan sabarnya

Hari ini...
benar bersabar itu suatu yang telah biasa di dengar
terkadang mendengarnya jua mencetuskan cuak di hati
hiburkanlah hati
bukankah Allah lebih-lebih lagi sifat SabarNya
melihat gelagat tiap makhlukNya

Dan hari ini...
sesungguhnya sabar itulah penawar terbaik
yang seharusnya dimiliki
kerana orang boleh marah-marah tanpanya
itulah penawar yang tiada duanya
maka damaikanlah hati
jika berasa di hati
padamkanlah dengan sentuhan sabar itu

Hari ini...
tempatkanlah sabar itu di hati
sama seperti semalam
kerana sungguh
sabar dengan memaafkan itu adalah
sebaik-baik perkara dalam diri

No comments: