Thursday 28 July 2011

Risalah Ku Untuk Mu

Ku tuliskan risalah ini..
Untuk mu yang menemani ku menapak jalan hidup
Untuk mu yang menerima ku apa adanya..
Untuk mu yang memahami ku dengan sederhana
tapi dengan cara yang luar biasa..

Untuk mu.. wahai sahabat…
Yang ku kasihi hanya keranaNYA..

Untuk mu ku tuliskan risalah ini…
Sahabat…
Semoga kau fahami risalah ini sebagai wujud terpesonanya aku pada mu..
Semoga kau titiskan semburan warna keceriaan selalu
Semoga perjalanan jalinan ini tak tergoyah kerana keegoisan…

Semoga…
Secawan sejatinya persahabatan ini ku tawarkan pada mu..
Seikat kepercayaan ini ku berikan pada mu..
Satu hati ini ku pelihara untuk mu..
Dan secebis canda ini sentiasa ku hadirkan agar kehangatan persahabatan kita…
Tak menjadi padam…

Sahabat…
Sungguh risalah ini hanya tertuju pada mu..
Telah tersimpan lama kesunyian hati…
Hingga ku temukan cahaya persahabatan itu di diri mu..
Sebuah benderang yang buat ku mengerti makna sahabat..

Risalah ini untuk mu sahabat…
Semoga kau penuhi pundi jalinan ini dengan ketulusan..

dari aku sahabat mu.. hanya untuk mu sahabat ku...

... Ibu Nora ...

No comments: