Sunday 17 July 2011

Biarkan

Biarkan
Akan terus ku alunkan nada nada sumbang menyayat kalbu
Mengiringi setiap desah hela nafas ku
kerana telah tiada lagi irama yang dapat aku mainkan untuk memuji mu
Biarkan
Akan terus ku denyutkan darah bernanah dalam nadi nadi
Menyelaraskan setiap degup jantung
Kerana telah tiada lagi yang bisa aku gerakkan untuk menyanjung mu
Disaat mata nanar terselubung amarah menggeliatkan simponi duka
Membakar asa hancurkan rasa
Disaat seluruh urat tubuh menegang menahan gejolak angkara lara
Memutus haluan jiwa lonjakan cinta
Di saat tubuh mengalirkan keringat darah memendam dentuman derita yang terpendam dalam
Berhambur semua cela menghempas serapah
Aku hanya ingin
Aku hanya harap
Aku hanya damba setitik kasih suci
Tapi kenapa itu tak pernah terberi
Tapi kenapa itu tak pernah tersaji
Apa mungkin aku salah masuk dalam peradaban
Apakah mungkin aku salah langkah dalam perjalanan
Sehingga titian yang ku tapaki keras laksana karang
Tajam laksana pedang
Curam berliku terjal tiada haluan
Kini ku tertunduk lesuh dalam keluh
Kini ku terkulai layu dalam bisu
Kini ku terbujur kaku dalam sendu
Tiada denyut nafas kehidupan yang tersisa hanya resah
Aku lelah... aku pasrah
Aku kecewa dan aku biarkan gelombang hidup menghantam membelah
Biarkan
Akan aku usung keranda duka
Biarkan
Akan aku pikul beban derita dan...
Biarkan aku tenggelam dalam nestapa berlagam
Kerana tanya sudah tak terjawab
Kerana harap sudah tak terdapat
kerana salam sudah kian tenggelam

... Ibu Nora ...

No comments: