Wednesday 13 July 2011

Ayuh Fikirkan

Fikirkan..Ya Insan...
Fikirkan sedalam mungkin apa arah hidup mu...
Sematkan kedalam jiwa azam kental yang jitu...
Kerana hidup ini bukan untuk bersuka ria...
Tetapi ada tujuan dan matlamat yang telah Tersedia untuk di terpa...

Ya Insan.. Fikirkan apa tujuan hidup mu...
Carilah di dalam diri...
Nescaya kau kan ketemui...
Satu rahsia yang tak dapat untuk kau tafsirkan sendiri...

Ya Insan.. Aku pun sedang mencari satu kehidupan yang abadi...
Tak sanggup hidup bergelumang dengan dosa lagi...
Kerana hidup ini tiada dua.. tiganya lagi...
Sampai ajal roh dan jasad tak akan bersatu lagi...

... Ibu Nora ...

No comments: