Tuesday 9 August 2011

Muhasabah Diri

Malam ini,
Bukalah mata hati
Untuk cuba memahami...

Kebaikan yang kita ada
itu sebenarnya kelebihan Dia Yang Mencipta
Kita ini tiada apa
Hanya sekadar merasa
Itu juga kerana izin dariNya
kerana Dia Yang Menakluki segala...

Malam ini,
Bukalah mata hati
Untuk cuba memahami...

Dugaan dan ujian
Yang jadi pengalaman
Yang jadi pengajaran
Itu semua adalah keadilan dariNya Pemilik Nyawa
Kita ini tiada apa
Tapi selalu salah sangka
Itu kerana lemahnya kita
Lemahnya diri seorang hamba
Sedang Dia Maha Mengetahui tiap perkara...

... Ibu Nora ...

No comments: