Wednesday 10 August 2011

Aku Hamba Ilahi

Kadangkala kegelapan itu lebih tenang dari cahaya
kerana tiada mata yang mampu membaca
apa yang terbuku di dada.

Ada waktunya, sibuk itu lebih tenang dari lapang
kerana tiada detik untuk berhenti seketika
dan jiwa menjadi terlupa sementara.

Kadangkala memikirkan syurga membuatkan aku lebih takut
kerana memikirkan hakikat
bahawa kebarangkalian untuk aku terkecuali
dari menjadi isinya
adalah terlalu besar.

Tuhan,
aku tidak pernah berhenti berharap
walaupun untuk seketika
kerana aku terlalu sedar bahawa
Kaulah yang paling berkuasa.

Kalaupun aku berhenti bicara
dan aku menunduk sepi
bukanlah ertinya aku membenci
bukan juga aku ingin menjauhi
aku cuma hamba Ilahi
aku tertakluk kepada segala ujianNya
yang kadangkala tidak seperti yang diingini.

Kalau laut bisa membisikkan ketenangan
sudah ku renangi sejauh yang termampu
Kalau rimba bisa memberi kesenangan
sudah ku redahi sepenuh hati

Tapi tenang itu tidak mampu di beri oleh makhluk.
Ia milik Sang Khaliq
Dan menarilah wahai hati dalam takdir Tuhan mu
Dia tidak menzalimi
Dia cuma menguji
Agar syurga itu akhirnya di penuhi isi
Subahanallah...

... Ibu Nora ...

No comments: