Tuesday 13 September 2011

Ya Allah! Aku bermohon padaMu

Ya Allah..
Dengan keghaiban ilmu Mu
Dengan Kekuasaan Mu atas segenap ciptaan Mu
Hidupkanlah diriku dengan kehidupan yang baik menurut Mu
Dan matikanlah diriku dengan kematian yang baik menurut Mu.

Ya Allah..
Kurniakan kepadaku rasa takut kepada Mu
Baik dalam keadaan samar mahupun terang
Aku memohon kepada Mu perkataan yang benar dan lurus
Di saat marah dan reda
Aku mohon kepada Mu, kewujudan tujuan
Di saat miskin dan kaya
Aku mohon kepada Mu anugerah nikmat yang tiada pernah habis
Aku pinta kepada Mu permata hati yang tidak terputus
Aku mohon kepada Mu perasaan rela menerima ketentuan takdir Mu
Serta kedamaian hidup selepas kematian
Aku mohon kepada Mu supaya mampu melihat wajah Mu yang Mulia
Serta kerinduan untuk bertemu dengan Mu
Tanpa ada yang menghalangi diriku
Aku mohon kepadaMu agar tidak ada hujaman fitnah yang memayungi hidup ku

Ya Allah..
Rahmatilah dan hiasilah diriku dengan kebaikan dan kemanisan iman
Berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Kau beri petunjuk..

Hamba Mu..
13/09/2011.. 2233

No comments: