Thursday 15 September 2011

Aku

Riak tawa ini
Kuntum senyum yang mengukir
Setiap incinya adalah
Bait bait rasa tersirat
Dari anjung perasaan

Tawaku
Ia kerana ada tangis
Senyum ini kerana ada sebak
Yang tersirat

Ku gagahi
Langkah menyusur
Mencari bahagia yang sirna
Dari kemuncup derita
Yang ku bungkus kemas
Nan tiada siapa yang tahu

Namun
Aku hanya seorang insan
Demikian merasakan
Betapa sarat ujian ini
Seakan membuat ku
Hilang kekuatan semalam

Seandainya esok
Aku masih di sini
Sesungguhnya
Ia adalah kerana upaya ku
Semoga bahagia itu
kunjung tiba

... Ibu Nora ...
15/09/2011.. 1728





No comments: