Saturday, 14 January 2012

Kadang kadang aku jadi tak mengerti tentang persoalan hidup..

Tentang mengapa wujudnya individu yang tidak pernah senang dengan kesenangan hidup individu lain..

Kenapa perlu wujud hasad dengki sedangkan hidup di dunia ini hanya pinjaman semata-mata..

Jauh di sudut hatiku, sementara aku masih bernyawa, aku mahu mengutip sebanyak mungkin kebahagiaan dunia terutamanya kemanisan hubungan sesama manusia..

Aku seorang insan yang pada setiap langkah ku memikirkan tentang episod abadi seorang manusia iaitu alam kematian dan roh..

Sebuah keabadian yang pastinya indah bagi yang bersedia dengan segala bekalan..

Aku seorang manusia yang selalu ingin membahagiakan walaupun aku sendiri tidak dibahagiakan..

Cukuplah redha Allah buat ku dan ku pohon segala keampunan daripada Nya di atas segala tindak tanduk ku selama menumpang di bumi Tuhan..

... Aku ...

Monday, 9 January 2012

Yang Perlu Kau Tahu

Pertama
Aku bertanya pada bulan
Mengapa harus aku serahkan
Pada jiwa yang tiada tahu erti penghargaan
Tiada tahu menilai permata di celah kaca
Atau itu hanyalah propaganda semata?

Kedua
Aku luahkan pada malam kelam
Cerita yang bakal menjatuhkan pandangan
Tiada takut andai ditafsir bukan bukan
Penilaian itu bakal berakhir dengan peningkatan
Kerana aku jelas tahu dimanakah tempatku
Kerana aku jelas tahu tinggi rendahnya aku

Ketiga
Dengarlah luahanku wahai awan
Aku tak pernah mengatakan ya walau satu sebutan
Sekadar diamnya bibir kerana hebatnya kejutan
Tingginya keinginan hati untuk melihat takdir Tuhan
Kerana hadirnya ia benar tanpa diundang
Apakah datangnya bakal menjawab sebuah persoalan?

Keempat
Urusan apapun di hatiku
Haruslah utamanya Allah kemudiannya Rasul
Seterusnya pada dia apabila sudah sah disimpul
Bukanlah kerana aku tidak berperasaan semata mata
Hakikatnya emosi melebihi dari segala yang ada
Cuma mahu mendidik jiwa yang lama terbiar
Agar pulang ke pangkuan Ilahi tidak lagi meliar

Akan berakhirnya kisah ini
Apabila aku meredhai apa yang diberi Ilahi

... Ibu Nora ...
09/01/12.. 2124

Sunday, 18 December 2011

Tolong Sampaikan Pesan Ku Pada Si Dia

Tolong sampaikan pada si dia, aku ada pesanan buatnya
Tolong sampaikan pada si dia,cinta agung hanya cinta Nya

Tolong tegur si dia, andai hawa nafsunya membuai fikirannya
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan angannya
Tolong tegur si dia, bila dia mulai mengagungkan insan di cintainya
Tolong nasihati si dia,jangan menyintai ku lebih dari menyintai Nya
Tolong nasihati si dia,jangan mengingati ku lebih dari mengingati Nya
Tolong nasihati si dia,jangan mendoakan ku lebih dari mendoakan ibubapanya

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurgaNya
Tolong katakan pada si dia,dahulukan ibu bapanya kerana disitu Redha Nya
Tolong katakan pada si dia,jangan cinta manusia menjadi alpa di buatnya

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupanya
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya
Tolong ingatkan si dia, aku mengasihinya kerana akhlaq mulia padanya

Tolong jangan lupa sampaikan pesan ku sebab aku menyintainya kerana NYA

... 18/12/2011.. 2206