Monday 9 January 2012

Yang Perlu Kau Tahu

Pertama
Aku bertanya pada bulan
Mengapa harus aku serahkan
Pada jiwa yang tiada tahu erti penghargaan
Tiada tahu menilai permata di celah kaca
Atau itu hanyalah propaganda semata?

Kedua
Aku luahkan pada malam kelam
Cerita yang bakal menjatuhkan pandangan
Tiada takut andai ditafsir bukan bukan
Penilaian itu bakal berakhir dengan peningkatan
Kerana aku jelas tahu dimanakah tempatku
Kerana aku jelas tahu tinggi rendahnya aku

Ketiga
Dengarlah luahanku wahai awan
Aku tak pernah mengatakan ya walau satu sebutan
Sekadar diamnya bibir kerana hebatnya kejutan
Tingginya keinginan hati untuk melihat takdir Tuhan
Kerana hadirnya ia benar tanpa diundang
Apakah datangnya bakal menjawab sebuah persoalan?

Keempat
Urusan apapun di hatiku
Haruslah utamanya Allah kemudiannya Rasul
Seterusnya pada dia apabila sudah sah disimpul
Bukanlah kerana aku tidak berperasaan semata mata
Hakikatnya emosi melebihi dari segala yang ada
Cuma mahu mendidik jiwa yang lama terbiar
Agar pulang ke pangkuan Ilahi tidak lagi meliar

Akan berakhirnya kisah ini
Apabila aku meredhai apa yang diberi Ilahi

... Ibu Nora ...
09/01/12.. 2124

No comments: