Thursday 6 October 2011

Pinta Ku Sahabat

Sahabat...
Andai benar kau menyayangi ku..
Jangan merimbun puji dan puja mu pada ku..
Tapi, hujani aku dengan ingatan berisi cintaNYA..
Kalam agung menjulang kehebatan Maha Pencipta..
Sabda Nabi yang lebih dulu menebarkan cinta buat ummatnya..

Pujian hanya mengurangi iman ku..
Puja banyak menebalkan mazmumah ku..
Panjang angan-anganku..
Lalu terlena di ulit mimpi-mimpi nafsu..

Hanya peringatan dengan kasih menyedarkan..
Merentap keasyikan mimpi palsu bawaan syaitan..
Biar aku merintih dalam keinsafan..
Biar aku menangis mengenang kekhilafan..
Dari tersenyum tanpa nilai..
Apatah lagi tertawa yang membinasakan..

Sahabat..
Andai benar kau menyayangi ku..
Tebarkan wangian dalam persahabatan..
Agar harum kasih ikatan dan ukhuwah ini..
Berpanjangan hingga ke syurga idaman..

Sahabat ku..
Sayangi aku kerana-NYA..
Dan aku pasti menyayangi mu jua kerana cintaNYA..

... Ibu Nora ..
06/10/2011.. 0055

No comments: