Tuesday 18 October 2011

Lima Waktu

Bismillahirahmannirrahim...

Merdu alunan azan itu
Membangunkan lena tidurku
Kedengaran bersahut-sahutan
Memecah hening subuh

Ya Allah
Sehari lagi perjalanan usia
Berada dalam ketentuan izinMu
Engkau bangkitkan umat ini dari
sebuah kematian kecil

Ya Tuhan
Subuh kian hilang sunyinya
Riuh hiruk-pikuk membelah kesiangan
Dalam sibuk mencari untung dunia
Tanpa mempedulikan siapa

Tuhan
Telah meninggi hari
Langit Zohor menerpa
Tidak ramai yang sedar
leka di buai untung dunia yang di raih

Wahai Tuhan
Asar berkunjung
Mencari pencintaMu
Tetapi mereka hanyut
dalam sengketa yang tiada hujung
Dan Asar berlalu begitu saja

Ya Allah
Dua waktu telah luput
Tidak ramai yang terfikir
Kerana mereka sibuk membahas
sengketa dan permusuhan
sebahagiannya terpesong lantaran
manisnya nikmat dunia ini

Ya Tuhan
Dan maghrib menyusul
Beburungan berteriakan pulang
Untuk menghormati malam tiba
Tetapi ramai anak-anak Adam
Masih peleseran galak mencari
Keseronokan malam

Ya Rabb
Tanpa sedar perjalanan sehari
Titiknya di pertemuan isyak
Untuk kesekian kali ia adalah
Ajakan untuk mengingatiNya
Namun hanya sekelompok tua
Yang sering kelihatan duduk
terperuk di sudut anjung fikir
mengenangkan masih ada
Untuk dirinya berada di tempat itu

Ya Allah
Telah jauh umat ini dari jalanMu
Astaqfirullah Al-Azim...
Maafkan ya Rabb...
Mungkinkah diriku tergolong
diantara mereka yang menjadi
Umat yang kufur nikmatMu...

Ana Islam/ Ibu Nora
18/10/2011... 1643

No comments: