Monday, 12 November 2012

Nukilan Dari Hamba Nya...


Terasa jauh diri ini
Dari Ilahi
Terasa sepi jiwa hamba
Dari kasih sayang Maha Pencipta
Terasa sayu hati kecil
Meronta lemah tak berdaya
Terasa kerdil di pandangan Nya
Dengan dosa-dosa
Terasa hitam dan kotor di lubuk hati
Dengan bintik-bintik noda maksiat duniawi...

Aku merindui
Jalan kebenaran suci Ilahi
Aku merindui
Hidayah petunjuk hakiki
Aku mendamba
Kasih sayang Maha Esa
Aku mendamba
Cinta sejati Nya
Aku mencari
Cinta abadi yang boleh dibawa mati
Aku mencari
Sinar cinta murni yang tulus pada Rabbi...

Manik-manik jernih mula jatuh
Membanjiri segenap ruang di sanubari
Kerinduan pada Tuhan pencipta diri
Semakin memberkas naluri
Gelora cinta sang hamba pada Khaliq
Makin hebat memukau jiwa...

Ku kentalkan semangat
Ku azamkan kekuatan
Mencari ketabahan dan kesabaran
Dengan merisik khabar gembira nota nota cinta Nya
Mencari secebis keinsafan daripada segunung ujian Nya
Ku cuba menapak kembali ke dalam jiwa
Yang semakin gersang tanpa cinta Nya
Ku ukir semula kasih Nya yang telah mula dicantas
Oleh keindahan dunia yang fana
Ku jana semula sayang Nya yang telah pudar
Dek kerana kotornya hatiku
Zikir munajat ku alirkan pada jiwa yang sudah mula berkarat
Ku gilapkan hati yang karat dengan sentuhan tulus air mata taubat...

Ku temui laluan indah Nya
Akan ku teruskan langkah ini dengan penuh maju
Akan ku hadapi cabaran yang menyerbu di hadapanku
Biar aku tahu, hidup ini penuh mehnah
Menitinya tidak mudah
Biar jiwaku tidak lupa..
Ujian itu tarbiyah dari Yang Esa..
Dugaan itu pematang kehidupan manusia..

Ku siram rona jiwaku dengan zikir pada Nya..
Ku alunkan munajat taubat agar mekar dan subur cintaku pada Nya..
Ku salurkan rinduku pada janji-janji manis Nya..
Ku ukir senyuman setulus sedekah dari hati..
Ku cuba lakukan ibadah seakan esok tiada lagi untuk aku lalui...

Thursday, 30 August 2012

Indahnya Kehidupan...


Hidup
Adalah sebuah cerita
Suka dan duka terisi di dalamnya
Cinta dan luka adalah penghiasnya
Apapun yang terjadi
Teruslah perjalanan
Jangan pernah berhenti
Walau beribu halangan menerjang di hadapan...

Ingatlah
Peristiwa semalam jadikan kenangan
Jadikan pengalaman
Apa yang berlaku hari ini
Kita akan mampu mengharunginya
Dengan kekuatan yang ada di hati
Jangan sesekali berputus asa...

Itulah kehidupan
Kadang kadang menyesakkan
Hanya doa dan perjuangan yang harus kita pertahankan
Biarpun tidak dihargai
Setidak tidaknya hanya DIA
Yang Maha Mengetahui

Dan
Hidup ini sebenarnya indah
Walaupun kadang kadang takdirnya
Tidak kita mengetahui kesudahannya
Hidup perlu di teruskan
Dan aku
Harus berlari
Dan terus berlari
Sebelum nafas terhenti
Untuk wujudkan semua mimpi mimpi ku
Untuk masa depan
Yang aku ingin miliki..

Sunday, 29 July 2012

Ingatkan Aku...

Setiap kali aku berasa sepi
Ingatkan aku ya Allah
Bahawa aku tak pernah sendiri
Setiap kali aku gembira
Ingatkan aku ya Allah
Bahawa hidup ini penuh cabaran...

Setiap kali aku jatuh dan tersungkur
Bangunkan aku ya Allah
Tiupkan pada ku semangat untuk maju
Agar jatuh pada kali ke 7 dan bangkit untuk ke 8
Celikkan mataku pada pintu pintu lain yang terbuka
Dan tidak merenung pada pintu yang telah terkunci
Sesungguhnya aku insan yang lemah
Gagah sekejap goyah berpanjang...

Setiap kali aku leka ya Allah
Sedarkan aku pada maut
Ingatkan aku pada tanggungjawab
Agar aku hidup bagai seribu tahun berbudi
Supaya ibadat ku bagai mati sedetik lagi
Buka minda ku untuk kembali ke titi yang lurus
Hindari aku dari keseronokan duniawi...

Setiap kali aku berasa rasa
Ingatkan pada ku bahawa segalanya dari Mu
Usah amarah ku meracun hati
Jangan takbur ku memakan diri
Jauhkan aku daripada dengki dan iri
Padamkan kecewa ku yang menggunung
Lindungi aku dari kezaliman dunia
Ingatkan aku ya Rahman
Ingatkan aku ya Rahim
Semuanya milik Mu dan hanya kepunyaan Mu
Ingatkan bahawa aku cuma menumpang anugerah Mu
Maka tidak layak bagi ku untuk berasa rasa...

Setiap kali aku meminta lagi
Pada sesuatu yang sangat ku mahu
Pada sesuatu yang sangat ku impi
Namun tak dapat ku kecap
Tidak ia hinggap walau sekejap
Ingatkan aku ya Allah
Bahawa usaha itu ditangan ku
Namun ketentuan itu hanya milik Mu
Dan jika aku terus meminta
Merintih dan mendesak
Ingatkan aku ya Allah
Bahawa Kau Maha Mengetahui setiap sesuatu
Bahawa segala yang ku mahu tak semestinya yang terindah
Bahawa segala yang ku benci bukannya tercela...

Dan jika nanti aku berhenti berharap
Sedarkan aku ya Allah
Bahawa pada Engkaulah aku perlu terus meminta
Ingatkan aku pada kuasa doa
Yang tertuju hanya pada Mu
Ingatkan aku ya Allah
Bahawa Kau ialah Maha Pencipta
Tiada yang mustahil bagi Mu
Yang mewujudkan segala yang tiada
Ingatkan aku ya Allah
Agar terus ku memanjatkan doa
Tanpa henti tanpa jemu
Dan ingatkan aku
Bahawa doa itu hanya pada Mu...

Dan andai satu hari nanti
Kau perlihatkan lagi kebesaran Mu pada ku
Ingatkan aku ya Allah
Untuk bersyukur pada Mu
Ingatkan aku sekali lagi
Bahawa Kau ialah Al-Khaliq
Maha Mencipta Segala Sesuatu
Ingatkan aku
Agar keajaiban itu mendekatkan ku lagi pada Mu...

Dan tika aku meminta cinta yang lain
Maka ingatkan aku bahawa ianya fana
Cinta itu mungkin tertolak dan digelak
Ingatkan aku ya Allah
Cinta itu takkan seindah kasih dan sayang Mu
Cinta itu tak mungkin sehebat cinta Mu
Maka ingatkan aku
Agar cinta itu takkan pernah melebihi cinta pada Mu
Moga ia membawa ku mendekati Mu
Dan moga cinta ku padanya adalah kerana agamanya
Yang tika imannya hilang melenyap
Maka terpadamlah cinta ku padanya...

Dan sesungguhnya ya Allah
Aku seorang insan yang lemah
Maka ku mohon diperkuatkan semangat
Agar resmi ku sama seperti si padi
Makin berisi makin menunduk
Usah resmi ku bagai lalang
Meliuk lentuk ditiup angin
Mendabik tinggi tatkala berisi
Ingatkan aku ya Allah
Untuk terus meminta pada Mu
Dan hanya pada Mu...

Ingatkan aku ya Allah
Supaya selalu meluruskan niat
Agar ibadat ku hidup ku dan mati ku
Hanyalah untuk Mu...