Saturday 12 November 2011

Sungguh Aku Malu...

Ketika hati ingin berputus asa
Aku diuji lagi dengan seberat beratnya
Namun masih lagi tidak setanding ujian Sumayyah
Di sula kerana memperjuangkan agamanya

Malah aku hanya tidak mampu bertahan
Sekerasnya godaan syaitan laknatullah
Sedangkan aku tahu janji janji yang hanya bertekad
Merosakkan umat Muhammad..

Namun syukur ya Allah
Aku tersedar dalam lena yang panjang
Jika bukan atas ihsan Mu ya Allah
Aku masih dibelenggu rantaian musuh Mu

Jika bukan atas kasih sayang Mu
Aku mati dalam kemurkaan-Mu
Na'uzubillah..

Kini aku tiada hak lagi untuk berputus asa
Kau sering melindungiku ya Allah
Dalam apa jua cara Mu
Dan juga demi cinta mu
Aku bangun walau dalam malu
Sesungguhnya Engkau lebih tahu apa yang
Tidak pernah aku tahu..

Ampunkanlah segala dosa dosaku
Yang tidak terhitung ya Allah..
Moga jasad dan roh ku kelak ditempatkan di
kalangan orang-orang yang soleh...

... Ibu Nora ...
12/11/2011.. 2230

Friday 4 November 2011

Detik Dan Titik

Tik tik tik waktu berdetik
Tak mungkin akan ku hentikan
Mahu mu jadi mahu ku
Pahit pun itu ku tersenyum

Kamu tak tahu rasanya hati ku
Saat berhadapan kamu

Tik tik tik air mata ku
Biar terjatuh dalam hati
Mahu ku tak penting lagi
Biar ku buat bahagia mu

Kamu tak tahu rasanya hati ku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak akan bayangkan rasanya
Jadi diri ku yang masih ada

Kamu tak tahu hancurnya hati ku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak akan bayangkan rasanya
Jadi diri ku yang masih setia

... Ibu Nora ...
04/11/2011.. 1214

Tuesday 1 November 2011

Aku Mahu Kau Tahu

Aku mahu kau tahu
Aku sering menangis
Menangis yang terlalu banyak penyebabnya
Sehingga aku terlupa yang mana khususnya
Tangisan yang tak dapat ku bendung
Yang membawa maksud terlindung
Aku percaya Allah mendengar tangisan ku.. rintihanku..
Aku tidak memerlukan insan untuk memanjakan aku
Memeluk aku, menyayangi aku
Aku memerlukan insan yang sudi mendengar suaraku
Dengarilah aku...
Kelak kau akan mengerti apa maksud tangisan ku
Diriku sering diibaratkan seperti lautan
Siapa yang memandang pasti melihat
Keindahan, kedamaian, ketenangan
Namun selamilah lautan itu
Kelak kau akan melihat ia
Penuh misteri...
Penuh gelora...
Penuh kesunyian...

... Ibu Nora ...
01/11/2011.. 0039